Cari @ Amanz

Apakah kapasiti powerbank yang anda gunakan sekarang? Yang saya gunakan sekarang sebesar 10,000 mAh dan adalah cukup besar untuk penggunaan kecemasan. Tetapi di pasaran powerbank yang lebih besar ditawarkan namun tidak boleh pula dibawa masuk dalam pesawat. Di China, Hang Geng seorang selebriti YouTube telah menghasilkan powerbank dengan kapasiti terbesar mencecah 27,000,000 mAh.

Powerbank ini dihasilkan menggunakan pek bateri kereta elektrik. Terdapat 60 palam elektrik terbina pada powerbank ini yang membolehkan ia mengecas bukan sahaja peranti tetapi membekalkan kuasa kepada peralatan elektrik rumah seperti televisyen, kipas dan mesin basuh. Malahan ia turut boleh mengecas skuter elektrik sekiranya perlu.

Ia mungkin dibina sebagai jenaka YouTube tetapi Handy Gang masih mengubahsuai rekaan luaran powerbank mega ini untuk kelihatan seperti powerbank yang dikeluarkan oleh Xiaomi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd