Carian
Sembilan Koronavirus Baharu Ditemui Menggunakan Adikomputer, Termasuk 130,000 Virus RNA Baharu
January 31, 2022 Aman

Sebuah pasukan saintis, kini menggunakan adikomputer (superkomputer) yang dijana dengan AWS dalam menjalankan kajian, sekaligus menemui lebih 130,000 virus RNA baharu, termasuk sekitar 9 spesis koronavirus baharu.

Dibawah The Serratus Project ini, adikomputer dibina diatas AWS, dan seterusnya melakukan carian terhadap pelbagai sampel awam yang mempunyai virus RNA. Adikomputer ini melakukan carian melibatkan hampir 6 juta sampel utuk tempoh lebih 13 tahun lepas, bersaiz lebih 20 juta GB– yang kebiasaannya akan mengambil masa lebih 2000 tahun menggunakan komputer biasa.

Melalui analisa yang dilakukan juga, ia menemui sekitar 132,000 virus RNA baharu. Ini merupakan jumlah penemuan yang tinggi, berbanding hanya 15,000 virus yang telah dikenal-pasti sebelum ini.

Adikomputer ini hanya mengambil masa sekitar 11 hari sahaja untuk mengenal-pasti pelbagai varian virus ini. Ia juga dapat menghubungkan bagaimana sesuatu virus berkenaan melompat ke manusia, dan berasal dari mana.

Dengan mengenal-pasti dengan lebih awal juga, pandemik boleh dielakkan, dan lebih dikawal.

Komen