Cari @ Amanz

Sokongan untuk storan yang memanfaatkan teknologi penghantaran data PCIe 5.0 dilihat semakin banyak, dan terkini, syarikat pembuat memori DRAM dan storan SSD TEAMGROUP baru sahaja mengumumkan penawaran SSD PCIe 5.0 mereka yang dinamakan T-FORCE Cardea.

Storan T-Force Cardea ini dikatakan akan hadir dengan pilihan storan sebesar 4TB, dan mempunyai kadar pembacaan data sepantas 13,000 MB/s dan juga kadar penulisan data sepantas 12,000 MB/s.

TEAMGROUP juga mengatakan bahawa SSD ini akan menyokong teknologi penyambungan NVMe 2.0 terbaru yang menjanjikan kadar penghantaran data yang stabil, dan boleh digunakan untuk pelbagai aplikasi sekaligus.

Ini termasuklah untuk menggerakkan permainan, perisian dan peranti realiti maya, perisian penstriman, rakaman video dan sebagainya pada masa yang sama.

TEAMGROUP mengatakan bahawa SSD T-FORCE Cardea ini akan dilancarkan sekitar suku ketiga 2022 ini apabila penggunaan komputer dengan sokongan PCIe 5.0 dilihat semakin rancak. Buat masa ini mereka masih belum mengumumkan apakah tanda-tanda harga untuk storan-storan SSD ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd