Pada penghujung tahun lalu, Grab mengumumkan kepada SEC bahawa mereka akan mengambil alih rangkaian pasar raya Jaya Grocer menerusi pembelian saham majoriti syarikat. Hari ini menurut laporan Rnggt, Grab akhirnya melengkapkan proses pengambilalihan Jaya Grocer Holdings Sdn Bhd.

Menerusi pengambilalihan ini, Grab akan memperluaskan penawaran penghantaran barangan runcit kepada lebih ramai pengguna di Malaysia. Pada waktu yang sama penggunaan GrabPay dan GrabRewards akan diperkenalkan di seluruh rangkaian 40 pasar raya fizikal Jaya Grocer.
GrabMart yang merupakan perkhidmatan penghantaran barangan runcit Grab mencatatkan peningkatan sebanyak tiga suku berturut-turut pada tahun 2021 walaupun sekatan PKP tidak lagi dikuatkuasakan oleh kerajaan.