AEON Kini Menyokong GrabPay – Rebat RM8 Sehingga Akhir Februari

Diterbitkan pada Feb 15, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Hari demi hari, pelbagai perkhidmatan menyokong pembayaran menggunakan GrabPay. Malah tidak terhad kepada perkhidmatan, anda juga boleh membeli barangan runcit dan kedai terkemuka AEON adalah yang terkini menyokong GrabPay.

AEON yang mempunyai pelbagai cawangan di seluruh Malaysia kini memudahkan pengguna berjimat sewaktu membayar barangan menggunakan GrabPay. Ini kerana dengan setiap pembayaran menggunakan GrabPay di kesemua cawangan AEON, pengguna dapat menikmati penjimatan sehingga 1.8% dengan mengumpul GrabRewards. 

Menurut Dr Grace Lee yang merupakan Ketua Pegawai Kewangan AEON, AEON sentiasa ingin memajukan dan memahami tabiat pengguna, dan dengan ganjaran menerusi penawaran pembayaran menggunakan GrabPay merupakan salah satu bukti yang mereka komited dalam menambah nilai perkhidmatan AEON.

Sekiranya anda seorang yang kerap menggunakan Grab sebagai pengangkutan, dan GrabFood bagi tujuan menempah makanan, kesemua ganjaran yang diperoleh menerusinya (GrabRewards) turut melayakkan anda bagi menebusnya sebagai diskaun sewaktu berbelanja di AEON. Ini sekaligus turut menggalakkan transaksi nirtunai, dan memudahkan anda dalam kehidupan seharian.

Priyanka Madan iaitu Ketua GrabPay Grab Malaysia percaya ciri rangsangan seperti GrabRewards ini dapat menggalakkan pelanggan AEON berbelanja disamping menikmati penjimatan menerusi perkhidmatan GrabPay yang dilindungi dengan pelbagai lapisan keselamatan.

Untuk waktu terhad sehingga 28 Februari 2022, anda boleh mendapatkan rebat sebanyak RM8 apabila berbelanja minimum RM 88 di cawangan-cawangan kedai AEON, AEON MaxValue Prime, AEON Wellness dan juga AEON BiG yang terpilih.

Penafian: Advertorial Dari Grab Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami