Kita Mungkin Lihat Tiga Versi WordPress Diperkenalkan Pada Tahun 2022 Ini

Diterbitkan pada Jan 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

WordPress merupakan salah satu CMS sumber terbuka yang digunakan secara meluas di seluruh dunia – termasuk digunakan pada Amanz yang anda sedang baca ini. Ia menjana sistem penulisan, sekaligus memudahkan proses penerbitan – bukan sahaja laman web biasa, blog, tetapi juga laman edagang, laman berbentuk sosial, forum, carian kerja, dan sebagainya.

Untuk tahun 2022 ini, mereka sedia memulakannya dengan pengenalan WordPress 5.9, dan kini menyasarkan dua lagi pengenalan versi sepanjang tahun.

Mengikut cadangan awal, WordPress 6.0 dicadang diperkenalkan pada penghujung Mei, sebelum WordPress 6.1 diperkenalkan pada pertengahan Oktober.

WordPress dijangka akan terus memberikan perhatian dalam integrasi dan perluasan Gutenberg secara berperingkat pada versi-versi akan datang ini.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan WordPress pada tahun 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami