Oppo Dilaporkan Ingin Membangunkan Pesaing Galaxy Z Flip3 Pada Harga Lebih Rendah

Diterbitkan pada Jan 31, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Oppo sedia menawarkan alternatif Galaxy Z Fold3 mereka tersendiri, melalui apa yang dinamakan Oppo Find N. Ia hadir dengan rekaan yang lebih kompak, dan pada masa yang sama, kesan lipatan yang lebih rendah berbanding pesaing mereka.

Menariknya, kini hadir desas-desus baharu, memperlihatkan Oppo benar-benar serius dalam arena telefon boleh-lipat.

Kini, ia diperkatakan Oppo sedang membangunkan telefon boleh-lipat dengan rekaan seumpama Galaxy Z Flip3 tersendiri, dan menariknya, ia dikatakan akan menawarkan harga lebih rendah berbanding penawaran Samsung.

Di Malaysia, Galaxy Z Flip3 ditawarkan Samsung pada harga RM3999 – dan ada kalanya mereka turut menawarkan ia pada harga diskaun sehingga RM2999. Dengan persaingan sihat ini, adakah kita akan melihat Oppo menawarkan alternatif mereka pada harga lebih rendah daripada RM3k?

komen


© Amanz / 2022 Kami