Cari @ Amanz

Google kini melabur pada syarikat telekomunikasi India, iaitu Bharti Airtel – atau lebih terkenal dengan nama Airtel. Google melabur sebanyak $1 bilion pada syarikat telekomunikasi berkenaan.

Pelaburan ini adalah dalam betuk $700 juta untuk 1.28% pegangan, dan baki $300 juta untuk perjanjian kerjasama komersil untuk beberapa tahun.

Kerjasama ini akan membolehkan akses telefon pintar mampu-milik di India, selain turut membolehkan pembangunan berkaitan 5G dan beberapa perkara lain yang spesifik di India.

Google dijangka akan mempelbagaikan penawaran telefon pintar berasaskan Android melalui kerjasama ini kepada pelanggan Airtel. Pada masa yang sama, ia juga akan dipelbagaikan dengan kerjasama melibatkan ekosistem awanan, selain membantu peniaga kecil dan sederhana.

Airtel pada hari ini mempunyai lebih 480 juta pelanggan, selain turut merupakan penyedia sistem komunikasi berintegrasi terbesar di India.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd