Wordle Diambil Alih New York Times – Kelak Tidak Lagi Percuma

Diterbitkan pada Feb 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Permainan teka perkataan Wordle tular di media sosial sejak sebulan yang lalu kerana ianya mudah dimainkan, tidak mengambil masa yang lama dan seronok untuk menguji otak. Penciptanya Josh Wardle mengumumkan pada ini beliau telah menjual permainan ini kepada New York Times dengan bayaran tujuh angka yang tidak didedahkan.

Menurut Wardle beliau menghadapi masalah untuk menguruskan Wordle setiap hari memandangkan ia dibangunkan oleh beliau seorang diri. Beliau kini ingin memastikan selepas diambil alih pemain boleh mengekalkan kesemua markah yang terkumpul setakat ini. Walaupun Wardle mengatakan permainan masih boleh dimainkan percuma selepas pembelian.

New York Times walau bagaimanapun telahpun mengeluarkan kenyataan bahawa akses percuma ini hanya akan diberikan di peringkat awal sahaja. Akhbar popular ini mengenakan bayaran untuk permainan mereka yang lain seperti The New York Times Crossword, Mini crossword, Spelling Bee, Letter Boxed, Tiles, dan Vertex.

komen


© Amanz / 2022 Kami