Cari @ Amanz

Dunia semakin moden dan dapat dilihat peranti pintar terkini sedikit demi sedikit tidak lagi dilengkapi bicu audio, pembaca kad, USB-A dan HDMI. Oleh itu tidak mengejutkan apabila komputer riba pertama tanpa sebarang palam akhirnya dihasilkan tahun ini.

Craob X ialah sebuah komputer riba ultrabook yang hanya setebal 7mm. Bagi mencapai tahap nipis yang melampau ini, Craob X tidak dilengkapi sebarang palam. Sebaliknya ia dicas menggunakan pengecas bermagnet merangkap hub yang dilengkapi USB-A, USB-C Thunderbolt, bicu audio 3.5mm dan pembaca kad SD.

Komputer riba dilengkapi skrin 13.3-inch 4K, dijana cip  Intel Core i7-1280P, memori sehingga 32GB RAM LPDDR5, storan SSD 2TB of PCIe SSD dan sokongan Wi-Fi 6E. Tarikh pelancaran dan harga jualan masih belum diumumkan setakat ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd