Huawei Mengheret Sweden Ke Mahkamah Kerana Mengharamkam Kelengkapan 5G Mereka

Diterbitkan pada Feb 1, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Huawei telah memulakan proses arbitrasi dengan kerajaan Sweden menerusi Bank Dunia bagi mendapatkan bayaran ganti rugi selepas kelengkapan 5G mereka diharamkan dar negara tersebut. Sweden mengikut langkah UK dengan mengarahkan kesemua kelengkapan 5G Huawei dibuang menjelang 1 Januari 2025.

Menara Telekomunikasi

Menurut Huawei tindakan kerajaan Sweden mengharamkan kelengkapan 5G mereka menyebabkan kerugian yang tinggi terhadap perniagaan mereka. Nilai ganti rugi yang diminta dipercayai bermula dari 5.2 bilion Krona Sweden (~RM 2.33 bilion) tetapi mungkin meningkat lebih tinggi.

Tindakan Sweden telahpun menimbulkan ketegangan diplomatik dengan China. Syarikat Sweden di China seperti Ericsson risau mereka akan turut mengalami kesukaran pula untuk melakukan perniagaan.

Sumber Euronews

komen


© Amanz / 2022 Kami