Cari @ Amanz

Diem Association hari ini mengumummkan mereka akan menjual semua hak cipta dan juga aset dalam menjalankan perkhidmatan kewangan Diem kepada Silvergate Capital Corporation.

Desas-desus berkenaan dengan penjualan aset Diem telah dilaporkan sebelum ini. Untuk makluman, projek Diem merupakan salah satu sistem pembayaran kewangan berasaskan rantaian-blok yang disokong oleh Facebook.

Sebelum ini, kesatuan Diem telah dikenali dengan nama kesatuan Libra. Namun, ia sering dihalang dari segi perundangan dari selruh dunia, dan projek berkenaan ditangguh dari hari ke hari. Facebook pada awalnya menyokong dan memberikan pendanaan untuk projek ini dalam membolehkan perkhidmatan kewangan dinikmati pengguna seluruh dunia dengan mudah.

Apa pun, dengan penamatan ini, ia tidak diketahui apakah perancangan seterusnya untuk pihak Facebook sendiri, yang kini turut mempunyai dompet kriptowang dinamakan Novi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd