IDC kini telah mengeluarkan data tahunan mereka untuk pasaran tablet, dan menerajui pasaran tablet adalah seperti ramai dijangka, iaitu Apple. Mengikut data tahunan, Apple mempunyai pegangan sebanyak 34.2%.
Di tempat kedua adalah Samsung sebanyak 18.3%, dan diikuti oleh Lenovo dengan pegangan pasaran sebanyak 10.5%.

Seperti ramai sedia maklum, iPad sedia menerajui pasaran dan mempunyai penawaran pelbagai iPad yang menyasarkan pengguna berbeza. Malah, aplikasi dan kandungan yang ditawarkan untuk iPad adalah lebih dioptimasikan berbanding penyedia lain.
Untuk tahun 2022 ini, beberapa pemain baharu dijangka memasuki pasaran tablet, termasuk seperti Oppo dan juga Vivo. Malah, Google juga dikatakan menyasarkan untuk lebih mengoptimasikan penawaran Android untuk tablet.