Carian
Telegram Kini Memudahkan Penghasilan Pelekat Beranimasi Daripada Video
February 2, 2022 Aman

Telegram sedia menawarkan sokongan pelekat beranimasi pada perkhidmatan permesejan mereka, sekaligus memberikan lebih banyak kaedah dalam mengekspresi perasaan atau sesuatu perkara.

Sehingga kini, ia sukar untuk menghasilkan pelekat beranimasi sendiri. Tetapi, kini masalah berkenaan diselesaikan melalui kemaskini Telegram terbaru.

Telegram kini membolehkan pengguna menghasilkan pelekat beranimasi daripada video biasa. Dengan langkah ini, lebih banyak pelekat beranimasi dijangka dihasilkan, sekaligus menjadikan perkhidmatan permesejan berkenaan lebih menarik lagi.

Untuk menghasilkannya, pengguna perlu menggunakan video berformat WebM, dan tidak bersaiz lebih 256KB. Video berkenaan juga tidak perlu mempunyai audio. Untuk sementara waktu, video berkenaan turut prelu mempunyai lapisan latar yang lutsinar.

Pihak Telegram dijangka akan memudahkan lagi proses penghasilan pelekat beranimasi ini dari semasa ke semasa.

Bagi anda yang berminat, boleh mengemaskini Telegram anda ke versi terkini, dan menghasilkan pelekat anda sendiri hari ini.

Komen