Cari @ Amanz

Microsoft kini berkongsi beberapa perkembangan baharu berkaitan dengan mengemaskini komputer dengan Windows Update terbaru. Menurut Microsoft, mereka mendapati komputer yang tidak mencapai masa berhubung ke internet dalam memastikan sesuatu pemasangan kemaskini itu berjaya.

Mengikut data, secara minimum sesuatu peranti memerlukan sambungan internet tanpa gangguan selama 2 jam, dan 6 jam tambahan selepas kemaskini untuk memastikan pemasangan pada latar berjaya.

Microsoft berkongsi data ini kepada pentadbir komputer di perusahaan, dalam memastikan pemasangan kemaskini berjaya pada komputer – dan tidak menganggu produktiviti. Walaupun kadang-kala ia menunjukkan pemasangan telah seleesai, namun ada kalanya pemasangan sesuatu perisian atau sistem operasi berjalan pada latar – sekaligus membolehkan anda menggunakan komputer terlebih dahulu.

Bagi anda sendiri, adakah anda telah mengemaskini komputer anda kepada versi Windows terbaru? Berapakah lama masa yang diambil oleh komputer anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd