Samsung melalui Samsung Engineering, kini telah pun memeterai perjanjian persefahaman dalam membangunkan projek hidrogen hijau serta ammonia di Sarawak.
Dinamakan Projek h2biscus, ia akan mengubah kuasa hidrogen dan juga gas asli kepada bentuk hidrogen hijau/metanol, serta hidrogen biru dan menukar hidrogen kepada ammonia. Samsung menyasarkan kelak dapat membekalkan hidrogen serta ammonia ke Korea Selatan dan juga Sarawak.
Mengikut kajian awal, projek di Sarawak dijangka menghasilkan 7000 tan hidrogen hijau untuk kegunaan di Sarawak, 600,000 tan ammonia biru setiap tahu, 630,000 tan ammonia hijau dan juga 460,000 tan metanol hijau setahun.
Pelbagai pihak kini sedang melihat kepada hidrogen hijau dan juga ammonia. Ia dilihat boleh menawarkan penggunaan sebagai sumber tenaga baharu, termasuk alternatif kepada minyak dalam mengurangkan pembebasan karbon dioksida.