Cari @ Amanz

Kos pembangunan infrastruktur adalah agak tinggi, terutamanya apabila melibatkan kawasan pedalaman. Dalam usaha berkenaan, beberapa kaedah diambil-kira dalam memastikan liputan capaian, termasuk salah satunya adalah penggunaan satelit untuk memancar internet.

Terbaru, kerajaan negeri Kelantan ingin meningkatkan jaringan internet di kawasan luar bandar melalui penggunaan teknologi satelit. Kerajaan Kelantan dilihat melaksanakannya bersama BiNa NET dalam membantu dan menyalurkan atau memberi kemudahan inteernet kepada rakyat.

Disebabkan oleh Covid-19, pelbagai urusan kini memerlukan penggunaan internet – terutamanya urusan pembelajaran.

Berdasarkan statistik, Kelantan dilihat masih lagi belum mencapai tahap yang diinginkan dari aspek kadar penembusan jalur lebar. Pelaksanaan JENDELA merupakan salah satu perancanga bagi menyediaka liputan jalur-lebra yang menyeluruh dan berkualiti tinggi kepada semua.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd