Instagram Ingin Membolehkan Perkongsian Reels Sehingga 90 Saat

Diterbitkan pada Feb 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Instagram kini dilihat ingin membolehkan pengguna berkongsi video lebih panjang melalui ciri Reels. Melalui kod pembangunan awal, ia dilihat Instagram ingin memberikan pilihan perkongsian video sehingga 90 saat melalui Instagram Reels.

Pada hari ini, Instagram Reels mengehadkan pengguna berkongsi video sepanjang 60 saat sahaja. Dengan populariti perkhidmatan meningkat, Instagram dilihat ingin membolehkan penerbitan video lebih lama, sekaligus mengikat pengguna untuk tempoh lebih lama pada platform mereka.

Buat masa ini, pesaing terdekat Instagram Reels, iaitu TikTok sedia menawarkan perkongsian video sehingga 10 minit melalui platform mereka. Namun, kebanyakkan video yang popular masih dibawah aatau sekitar tempoh seminit sahaja.

komen


© Amanz / 2022 Kami