Syarikat Induk Google Mencatatkan Pendapatan Tahunan Melangkaui RM1 Trilion Buat Pertama Kali

Diterbitkan pada Feb 2, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Syarikat induk Google, buat pertama kalinya mencatatkan rekod tersendiri untuk tahun 2021 yang lepas, apabila berjaya menjana pendapatan tahunan sebanyak $258 bilion, iaitu sekitar RM1 trilion mengikut kadar tukaran semasa.

Secara kasar, Alphabet berjaya mencatatkan peningkatan sebanyak 41% berbanding tahun 2020 yang lepas.

Pendapatan melalui pengiklanan memperlihatkan peningkatan, disamping juga jualan peranti yang terus meningkat, serta pendapatan melalui perniagaan awanan Google Cloud. Pendapatan yang dijana melalui YouTube juga meningkat dari tahun ke tahun, sekaligus membawa kepada pulangan berkali ganda berbanding nilai pengambilan beberaapa tahun lepas.

Dengan perkembangan sihat ini, tidak mustahil kita melihat Alphabet terus mengukuhkan kedudukan dan meningkatkan pendapatan mereka dari tahun ke tahun – apatah lagi dengan lebih banyak negara memfokuskan ekonomi digital.

komen


© Amanz / 2022 Kami