Google sedia mempunyai sejumlah penawaran Chromebook melalui kerjasama pengeluar seluruh dunia. Ia telah dipasarkan sebagai komputer riba mampu milik, dan lebih disasarkan pada sektor pendidikan pada peringkat awal.
Kini, dengan populariti Chromebook yang meningkat, Google dilihat mempunyai sasaran lebih besar untuk Chromebook. Melalui laporan awal, Google dilihat sedang membangunkan Chromebook dengan fokus terhadap gaming bersama beberapa pengeluar – termasuk HP dan Lenovo.

Hal ini dikenal-pasti melalui perubahan kod pada Chrome OS – yang turut memperlihatkan ia turut akan menyokong papan kekunci dengan pencahayaan RGB.
Kita sedia melihat pengacahan Steam untuk Chrome OS, selain sokongan penstriman permainan Google Stadia, dan juga NVIDIA sendiri yang memperlihatkan sokongan untuk platform Arm.
Mungkinkah dengan perkembangan ini, akhirnya kita akan melihat pengenalan Chromebook Gaming pada tahun ini?