Carian
Prototaip Monitor Dengan Kadar Segar Semula Mencapai 500Hz Diperlihatkan
February 2, 2022 Aman

Pada hari ini, kita sedia melihat penawaran monitor dengan kadar segar semula mencapai 360Hz ditawarkan di pasaran, sekaligus memberikan pengalaman permainan video – terutamanya permainan aksi yang lancar menggunakannya.

Bergerak ke hadapan, BOE dari China kini turut memperlihatkan prototaip monitor mereka dengan kadar segar semula mencapai 500Hz.

Prototaip ini menggunakan panel bersaiz 27-inci, dan dikatakan menggunakan teknologi “semikonduktor paparan oksida”. Monitor ini dikatakan menawarkan kadar segar semula tinggi, dan turut menggunakan tenaga yang efisien.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah monitor ini akan dipasarkan secara komersil. Seperti biasa, pengguna perlukan sokongan perkakasan yang sesuai, termasuk GPU dan sebagainya sebelum dapat menikmati kadar segar semula tinggi ini.

Komen