Facebook merupakan laman sosial terbesar dunia, dan digunakan secara aktif oleh ramai dalam mengikuti perkembangan rakan-rakan dan juga perkongsian berita setempat dan lain-lain.
Pada suku ke-4 2021 yang lepas, buat pertama kalinya, perkhidmatan Facebook memperlihatkan pengguna aktif harian berkurangan sebanyak 1 juta pengguna berbanding suku ketiga 2021.

Ia dilihat perkara ini mungkin berlaku kerana Facebook telah mencapai angka tepu paling tinggi, selain aplikasi mereka yang lain seperti Instagram dan WhatsApp yang mungkin kini lebih aktif dikalangan pengguna muda.
Apa pun, dari angka keseluruhan, Facebook masih mempunyai angka pengguna yang besar. Facebook kini mempunyai lebih 1.929 bilion pengguna aktif harian, selain 2.9 bilion pengguna aktif bulanan.