Samsung Electronics kini menambah latihan pengaturcaraan asas untuk semua pekerja aras permulaan – tanpa mengira apakah keperluan pekerjaan mereka, tidak kira bahagian pemasaran, kewangan, atau apa-apa jawatan.
Latihan pengaturcaraan disediakan untuk tempoh selama 6 minggu, dan akan meliputi pembelajaran sejumlah bahasa pengaturcaraan, termasuk Python, Java dan sebagainya.
Perubahan ini dilihat langkah dibawah CEO bahagian peranti, dengan harapan para pekerja boleh berfikir melangkaui keperluan tugasan mereka, apatah lagi pada hari ini pelbagai perkara melibatkan teknologi, selain syarikat Samsung sendiri yang memfokuskan arena teknologi.
Mungkinkah dengan langkah ini, kita melihat lebih banyak syarikat memerlukan para pekerja mereka mengikuti kelas pengaturcaraan?