Twitter kini dilihat sedang membangunkan sebuah ciri baharu, dinamakan Twitter Articles.
Buat masa ini, pihak Twitter tidak mengeluarkan sebarang komen rasmi berkaitan ciri ini. Ciri baharu ini ditemui melalui kod pembangunan aplikasi berkenaan.
Jikalau melalui namanya, kita mungkin akan melihat perkongsian yang lebih panjang dan tidak dihadkan kepada 280-aksara melalui Twitter Articles ini. Selain itu, terdapat juga kemungkinan ia akan menawarkan ciri untuk menyatukan untaian Tweet menjadi satu artikel panjang dalam memudahkan pembacaaan.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut Twitter Articles ini, dan apa yang bakal dibawakan olehnya.