Vaksin mRNA sudah berjaya mengubah dunia dengan ia digunakan untuk menentang Covid-19 dan minggu lalu menentang HIV buat pertama kalinya. Kekurangan vaksin mRNA ialah ia hanya boleh diberikan menerusi suntikan sahaja. Akibatnya mereka yang takut dengan jarum trauma dengan teknik pemberian vaksin ini. Tetapi penyelidik di MIT telah berjaya membangunkan kapsul yang membolehkan vaksin mRNA diberikan dengan menelannya sahaja seperti pil.

Kaspul direka untuk menahan hakisan asid di dalam perut yang boleh merosakkan vaksin mRNA. Selepas melepas perut, kapsul yang mempunyai jarum mikro akan mencucuk permukaan usus bagi menghantar vaksin ke dalam tubuh. Sebelum ini kapsul berjaya digunakan untuk menyampaikan insulin pada tubuh babi dalam ujian dalam makmal.
Jadi selain vaksin, kapsul mungkin boleh digunakan untuk menyampaikan vaksin dalam tubuh tanpa menggunakan suntikan jarum harian. Pada waktu ini kesemua ujian dilakukan pada haiwan sahaja tetapi keputusan yang positif dapat dilihat memberikan harapan ia turut boleh digunakan oleh manusia. Siapa tahun di masa terdekat kita tidak lagi perlu takut untuk disuntik bagi mendapatkan vaksin kerana hanya perlu menelan pil sahaja.