Rumah Tim Cook Dikaburkan Pada Apple Maps

Diterbitkan pada Feb 3, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple Maps sedia menawarkan ciri maya yang membolehkan orang ramai melihat dunia sebenar terus melalui pelayar web. Namun, sekiranya anda cuba untuk melihat rumah Tim Cook, ia dikaburkan pada Apple Maps.

Selain Apple Maps, rumah CEO Apple berkenaan turut dikaburkan pada Google Maps.

Hal ini dilihat disebabkan oleh perintah mahkamah, kerana Tim Cook diekori oleh seorang wanita, dan menjadi stalker beliau.

Untuk makluman, anda juga boleh melakukan permohonan untuk kaburkan rumah anda di Apple Maps dan juga Google Maps.

komen


© Amanz / 2022 Kami