MONSTA Ingin Menyertai Arena Metamesta Melalui MadMecha
February 3, 2022
e-Permainan
Rantaian Blok
Aman
MONSTA merupakan salah satu syarikat animasi tempatan yang terkenal dengan siri BoBoiBoy dan juga Mechamoto. Terbaru, pengasasnya mengumumkan MONSTA akan menyertai arena metamesta melalui IP terbaru, dinamakan MadMecha.

MadMecha akan menggunakan dunia metamesta TheSandbox, dan dilihat memfokuskan kepada dunia robot yang berlawan untuk mencari kebebasan.
Buat masa ini, info penuh berkenaan dengannya masih samar-samar. Kita mungkin mendengar lanjut berkaitan MadMecha ini dalam masa terdekat.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.