Cari @ Amanz

Meta Catat Kerugian Lebih RM42 Bilion Pada Perniagaan Metamesta

Oleh Aman

Link Copied!

Meta, syarikat disebalik Facebook, Instagram dan WhatsApp, hari ini telah berkongsi sejumlah statistik berkenaan dengan kedudukan semasa syarikat mereka. Seperti dimaklumkan sebelum ini, walaupun keluarga aplikasi Meta memperlihatkan peningkatan positif, tetapi untuk Facebook sendiri, ia mencatatkan kadar maksima dan memperlihatkan penurunan sedikit untuk pengguna aktif harian.

Selain daripada itu, bahagian Reality Labs dibawah Meta juga mencatatkan kerugian berterusan. Pada tahun 2021 sahaja, ia mencatatkan kerugian berjumlah $10.19 bilion, iaitu sekitar RM42 bilion.

Reality Labs memfokuskan kepada pembangunan dunia metamesta, disamping turut menjual perkakasan seperti Meta Quest (dulu dikenali Oculus Quest).

Untuk makluman, kerugian ini sedia dijangka oleh Mark Zuckerberg padaa tahun lepas ketika mengumumkan visi metamesta. Kerugian bahagian perniagaan ini dijangka akan terus meningkat pada tahun 2022 ini.

Kerugian ini berkait dengan kajian dan penyelidikkan, selain kos mendapatkan pekerja dan tenaga pakar, serta kos-kos lain.


Komen ()