Cari @ Amanz

Motorola sedia terkenal dengan penawaran keluarga peranti dibawah siri Moto G. Terbaru, kini Motorola telah pun memperkenalkan Moto G Stylus 2022 – yang mana hadir dengan spesifikasi pertengahan, selain dilengkapi sokongan stylus untuk memudahkan catatan pada telefon pintar.

Moto G Stylus 2022 hadir dengan skrin bersaiz 6.8-inci FHD dengan kadar segar semula 90Hz, dijana dengan cip MediaTek Helio G88, serta memori sehingga 6GB RAM. Tiada sokongan rangkaian 5G yang hadir – sekaligus memperlihatkan ia disasarkan kepada negara-negara membangun.

Pada bahagian kamera, Moto G Stylus 2022 hadir dengan kamera utama 50-megapixel, dilengkapi 8MP ultra-lebar dan 2MP kedalaman. Pada bahagian hadapan, ia menyertakan sensor 16-megapixel.

Menjana telefon pintar ini adalah bateri 5000mAh yang dikatakan mampu bertahan selama dua hari penggunaan. Salah satu perkara yang menyedihkan pada telefon pintar ini adalah ia masih hadir dengan sistem operasi Android 11, dan bukannya Android 12.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd