Netflix Akan Terbitkan Lebih 80 Filem Pada 2022

Diterbitkan pada Feb 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix hari ini berkongsi mengatakan mereka akan menerbitkan lebih 80 filem eksklusif ke platform meereka sepanjang 2022 ini. Dengan langkah ini, Netflix akan menerbitkan sekurang-kurangnya satu filem baharu setiap minggu sepanjang tahun.

Untuk makluman, ini tidak termasuk dengan filem terbitan syarikat lain yang boleh ditonton melalui Netflix, selain siri-TV dan sebagainya.

Netflix dilihat menerbitkan filem menggunakan pelbagai pelakon popular, serta menggunakan bajet penerbitan tinggi. Antara filem yang akan hadir termasuk Knives Out, The Adam Project, Texas Chainsaw Massacre, Enola Holmes 2, Bubble, The Gray Man dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, boleh layari laman rasmi Tudum untuk melihat penawaran Netflix sepanjang tahun 2022 ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami