Cari @ Amanz

Dalam filem dan permainan video sains fiksyen, sistem laser yang menangkis serangan musuh biasa digunakan. Di dunia sebenar, Israel akan menjadi negara pertama di dunia degan sistem pertahan laser yang akan menangkis serangan roket, artileri dan misil (C-RAM).

Sistem akan mula diuji di selatan Israel tahun ini menurut pengumuman Perdana Menteri Naftali Bennett. Ia adalah merupakan sistem pertama yang akan kemudiannya dikembangkan ke seluruh Israel sekaligus menghasilkan sistem “dinding laser” yang akan mempertahankan negara dari sebarang serangan.

Sistem C-RAM berasaskan laser dilihat sebagai lebih mampu milik dan berkesan berbanding sistem Kippat Barzel (Kubah Besi) berasaskan roket yang digunakan sekarang. Setiap tembakan laser adalah lebih murah berbanding sekitar $150,000 untuk setiap roket. Elbit Systems adalah syarikat Israel yang berjaya membangunkan sistem pertahanan laser yang menangkis dron dan mortar.

Kippat Barzel telah digunakan oleh Israel sejak 2011 bagi menangkis serangan roket yang dihantar oleh Hamas. Ia kerap digunakan Israel untuk meneruskan pendudukan secara haram tanah Palestin.

Sumber Juruselem Post

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd