Carian
Continental Menunjukkan Sistem Pengecas Kereta Nirwayar
February 4, 2022 Effi Saharudin

Kereta elektrik di seluruh dunia masih lagi memerlukan sambungan kabel secara fizikal. Terdapat juga pelbagai format pengecasan yang menyukarkan sehingga pemilik perlu memikirkan di mana kenderaan boleh dicas apabila tidak di rumah. Continental kini membangunkan pula sebuah lagi sistem pengecas elektrik tetapi nirwayar sepenuhnya.

Sistem terdiri daripada pemancar yang diletakkan di lantai dan penerima yang dipasang pada bahagian bawak kenderaan. Menurut Continental, sistem boleh mengecas secara niwayar sehingga jarak maksimum 30 cm dengan pengecasan 22-kW AC. Seterusnya mereka akan membangunkan pula sistem pengecasan 50-kW+ DC.

Penge

Kelebihan sistem ini ialah tiada lagi keperluan untuk menyambungkan kabel terus pada tubuh kenderaan membolehkan kenderaan swapandu mencari port pengecasan terdekat untuk mengecas bateri tanpa bantuan manusia. Ujian unit akan dimulakan tahun ini dengan sasaran memperkenalkannya di Jerman seawal 2024.

Komen