(Ura-Ura) Vivo Y7x Mungkin Dilengkapi Skrin 120Hz, MediaTek Helio G96

Diterbitkan pada Feb 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Vivo sedia hadir dengan beberapa siri untuk rangkaian peranti pintar dan salah satu daripadanya adalah siri Y. Sehingga kini, terdapat beberapa model yang telah diumumkan dan kini muncul desas-desus yang mengatakan ia bakal dikemaskini dengan penawaran baharu lagi.

Gambar sekadar hiasan : Vivo Y20s

Dikenali sebagai Vivo Y7x, spesifikasi pada peranti dikatakan telah tertiris. Di mana, ia akan dibekalkan dengan skrin sebesar 6.44-inci yang menyokong kadar segar semula 120Hz. Setakat ini, masih belum dapat dipastikan sama ada paparan berkenaan adalah sejenis AMOLED mahupun LCD.

Seterusnya, peranti mungkin dijana dengan cip MediaTek Helio G96 yang dipadankan dengan memori sehingga 8GB RAM dan storan dalaman mencapai 256GB. Ia juga akan menjalankan sistem operasi Android 11 yang berasaskan antaramuka FunTouchOS. Tidak ketinggalan, pengimbas cap jari sisi turut digunakan untuk tujuan sekuriti.

Buat masa ini masih tidak diketahui, bilakah tarikh pelancaran khusus peranti. Tetapi, ia dijangka dipasarkan dengan julat harga sekitar Rs18,000 (~RM1,009) kelak.

Sumber : Gizmochina

komen


© Amanz / 2022 Kami