Batal Permit Sekolah Memandu Hanya Pandangan Peribadi, Bukan Tetapan Dasar Kementerian Pengangkutan

Diterbitkan pada Feb 4, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kementerian Pengangkutan Malaysia kini menegaskan yang mana tindakan membatalkan permit institut memandu dan menarik balik sijil tenaga pengajar yang mempunyai rekod ramai pemegang jalan raya hanyalah merupakan pandangan peribadi Ketua Pengarah JPJ, dan bukannya merupakan sebuah dasar oleh Kementerian Pengangkutan buat masa ini.

Sebelum ini, ia telah dilaporkan yang mana permit institut memandu mungkin dibatalkan sekiranya ramai graduan dari sekolah berkenaan mengalami kemalangan di jalan raya atau melanggar undang-undang jalan raya. Namun, perkara berkenaan dipertikaikan kerana penilaian akhir dilakukan oleh JPJ sendiri dan bukannya sekolah memandu.

JPJ mengatakan langkah ini akan dapat dilakukaan dengan pengenalan kod digital baharu pada lesen yang dikeluarkan, yang turut membolehkan institut memandu seseorang pemilik lesen dikenal-pasti.

Apa pun, Kementerian Pengangkutan mengatakan mereka tidak ingin menunding jari, dan kajian terperinci akan melibatkan sesi libat urus bersama semua pihak dalam mendapatkan pandangan serta cadangan penambah-baikkan.

komen


© Amanz / 2022 Kami