Cari @ Amanz

GoPro pada hari ini sedia popular dengan penawaran GoPro Hero, selain GoPro Max. Selain kedua-duanya, kini CEO GoPro turut mengatakan mereka ingin memperluaskan penawaran kamera GoPro dengan beberapa keluarga lain lagi.

GoPro menyasarkan untuk menambah beberapa lagi kamera khusus yang turut menggunakan teknologi lebih kurang sama – seperti sokongan cip pemprosesan, tahan lasak, dan sebagainya. Penggunaan teknologi sama juga dilihat akan dapat mengurangkan kos pembangunan serta kos jualan kamera baharu berkenaaan kelak.

Namun, GoPro dijangka menyasarkan golongan pembeli yang berbeza menggunakan penawaran baharu mereka ini. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkenaan penawaran kamera baharu GoPro ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd