Virus HIV ditemukan pada sampel darah seorang pesakit dari tahun 1959. Ia kemudian menjadi pandemik pada dekad 80an. Penyakit menjadi bualan ramai selepas ramai selebriti seperti Magic Johnson, Easy E, Rock Hudson dan Freddie Mercury dijangkiti oleh virus berbahaya ini. Penyelidik dari University of Oxford Big Data Institute telah menemukan varian HIV baharu yang didapati lebih ganas berbanding varian yang lain di Belanda.
Varian VB ini memberikan beban viral yang lebih tinggi pada tubuh dan menyerang sel CD4 dengan lebih ganas. Akibatnya pesakit kemudiannya akan mendapat penyakit AIDS dalam masa hanya 9 bulan berbanding beberapa tahun pada varian terdahulu. Menarik sekali data menunjukkan varian VB telah wujud sejak dekad 90an lagi cuma tidak dikesan dan kini penyebarannya sudah semakin perlahan.
Berita baik mengenai varian VB ialah ia masih boleh dikawal menggunakan teknik rawatan retroviral sedia ada. Seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini, rawatan retroviral moden berjaya mengurangkan tahap virus dalam tubuh sehingga ia tidak boleh dipindahkan ke tubuh pasangan menerusi hubungan kelamin. Penyakit yang dahulunya dilihat sebagai hukuman mati kini boleh dikawal dan vaksin HIV juga telah dibangunkan Moderna menggunakan teknik mRNA.
Sumber Eureka Alert