Carian
CIMB Mengatakan Kadar Ketersediaan CIMBClicks Sentiasa Lebih 99% Pada 2021
February 4, 2022 Aman

CIMB kini turut menyediakan sebuah halaman khas pada CIMBClicks, berkongsi berkenaan kadar ketersediaan perkhidmatan perbankan atas-talian berkenaan sepanjang tahun – mengikut setiap suku tahunan.

Melalui data yang diterbitkan kepada umum, CIMB menyatakan CIMBClicks beroperasi pada kadar lebih 99% sepanjang tahun 2021. Pada suku ke-4 2021, ia mencatatkan kadar ketersediaan 99.85%. Selain perkhidmatan web, CIMB juga berkongsi berkenaan kadar ketersediaan aplikasi mudah-alih CIMBClicks mereka – yang mencapai 99.83% pada suku ke-4 2021.

Pada masa yang sama, CIMB mengatakan mereka sering berusaha dalam memastikan pengalaman CIMBClicks bertambah baik dari hari ke hari.

Dengan langkah CIMB ini, adakah kita akan melihat perkhidmatan perbankan lain turut menerbitkan kadar ketersediaan mereka?

Komen