Cari @ Amanz

Disebabkan oleh pandemik Covid-19 penggunaan pelitup muka telah menjadi sebuah kebiasaan. Namun, ketika makan diluar, anda perlu membuka pelitup muka, yang mana mungkin tidak selesa untuk semua.

Untuk mengatasinya, kini sebuah syarikat di Korea Selatan hadir dengan penawaran Kosk. Kosk adalah gabungan perkataan Ko + Mask, dimana Ko merupakan panggilan untuk hidung dalam bahasa Korea.

Pelitup hidung ini hadir dalam dua rekaan. Satu untuk dipakai di hidung sahaja, dan satu lagi turut hadir dengan rekaan yang membolehkan pengguna membuka bahagian mulut ketika ingin makan.

Kosk

Ramai yang mempersendakan rekaan ini, dan ada juga yang menyukai penawaran Kosk ini. Malah terdapat kajian turut mengatakan hidung merupakan salah satu ruang mudah untuk koronavirus memasuki badan. Walaupun ia pelik, ia dilihat adalah lebih baik daripada tidak memakai apa-apa ketika berada di luar – terutamanya ketika berada di kafe, kedai makan dan sebagainya.

Kosk dijual melalui laman Coupang di Korea Selatan pada harga 9,800원, iaitu sekitar RM34.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd