Cari @ Amanz

Realme merupakan antara jenama yang sering memberi fokus kepada peranti pintar berkategori bajet. Sehingga kini, mereka telah melancarkan pelbagai jenis model berbeza mengikut segmen harga. Salah satu siri yang ada adalah Realme C dan ia bakal dikemaskini dengan model baharu tidak lagi.

Ia berikutan tularnya perkongsian daripada Realme Thailand yang menunjukkan kewujudan Realme C35. Peranti ini bakal diumumkan pada 10 Februari 2022 dan beberapa penawaran padanya telah mula diperlihatkan. Ini termasuklah rekaan fizikal dan cip pemprosesan yang menyokongnya.

Realme C35 akan mempunyai rekaan sisi tubuh yang kini rata dan berkotak. Rekaan sebegini seakan sudah menjadi trend dalam kebanyakan pengeluar ketika ini yang menggunakannya pada peranti keluaran mereka. Kemudian, ia juga akan mempunyai rekaan modul kamera belakang seumpama Realme GT Neo2. Bersama-sama dengannya, terdapat tulisan ’50MP’ yang secara jelas menunjukkan sensor sebesar 50MP bakal menyokongnya kelak.

Dalam pada itu, penggunaan cip Unisoc T616 turut menjadi pilihan Realme sebagai tunjang utama peranti. Poster dikongsi memperlihatkan peranti bakal hadir dalam kemasan berwarna hijau. Tetapi, kita boleh menyasarkan terdapat beberapa pilihan warna lain yang turut ditawarkan kelak. Untuk lebih lanjut, sama-sama nantikan pelancaran rasminya kelak.

Sumber : Realme Thailand

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd