Durioo+ merupakan salah satu perkhidmatan penstriman baharu yang dalam proses pembangunan oleh bekas pengasas siri animasi Didi & Friends, dan juga Omar & Hana. Selepas mengacah sebelum ini, kini Durioo+ menyasarkan permulaan perkhidmatan penstriman mereka bermula 18 Februari 2022 kelak.

Durioo+ ini akan menawarkan kandungan dengan fokus kepada kanak-kanak, serta menyertakan nilai-nilai Islamik. Platform berkenaan dijangka akan menyertakan animasi eksklusif, disamping siri-siri lain yang disesuaikan untuk kanak-kanak.

Menurut pengasasnya, perkhidmatan Durioo+ akan ditawarkan pada harga RM12.99 sebulan ketika pelancaran kelak. Namun, untuk permulaan, ia ditawarkan pada harga promosi serendah RM10.80 sebulan melalui platform LaunchGood.