Spesifikasi Penuh Oppo Find X5 Pro Tertiris

Diterbitkan pada Feb 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Spesifikasi penuh Oppo Find X5 Pro telahpun tertiris dan didedahkan oleh laman Winfuture semalam. Ia mengesahkan beberapa maklumat mengenai spesifikasinya yang tertiris sebelum ini. Peranti akan menggunakan skrin 67″ AMOLED LTPO 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 1, memori 12GB, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 80W.

Kamera utama menggunakan lensa sudut lebar 50MP, ultra sudut lebar 50MP dan telefoto 13MP. Tiada lagi sistem kamera makro seakan mikroskop. Sementara itu kamera swafoto pula sebesar 32MP. Peranti akan menggunakan pelancar ColorOS 12.1 berasaskan Android 12.

Pada waktu yang sama terdapat pengimbas cap jari bawah skrin dan ia melepasi piawaian ip68. Seperti yang telah tertiris sebelum ini, Find X5 Pro akan dilengkapi sistem kamera Hasselblad yang sebelum ini eksklusif untuk OnePlus sahaja. Tiada maklumat bila peranti akan dilancarkan secara rasmi tetapi pastinya sekitar MWC Barcelona yang berlangsung hujung bulan ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami