Tempoh Percubaan Percuma Apple Music Dikurangkan Daripada Tiga Bulan Ke Sebulan

Diterbitkan pada Feb 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple kini dilihat telah mengurangkan tempoh percubaan percuma untuk Apple Music kepada hanya sebulan – berbanding selama tiga bulan sebelum ini.

Sebelum ini, sejak diperkenalkan pada 2015 yang lepas, Apple Music menawarkan tempoh percubaan selama tiga bulan secara percuma untuk semua pengguna baharu.

Apa pun, sekiranya membeli peranti audio, pengguna masih boleh menikmati tempoh percubaan percuma selama 6 bulan seperti biasa.

Harga langganan Apple Music masih kekal seperti biasa buat masa ini, iaitu RM14.90 sebulan.

komen


© Amanz / 2022 Kami