Carian
Rekaan Oppo Find X5 Tertiris Menunjukkan Perbezaan Dengan Model Pro
February 5, 2022 Effi Saharudin

Spesifikasi dan imej pengolokan rasmi Oppo Find X5 Pro telah tertiris pagi ini ehsan Winfuture dan @evleaks. Pada waktu yang sama imej pengolokan rasmi Oppo Find X5 juga tertiris menunjukkan perbezaannya dengan model Pro.

Perubahan paling besar dapat dilihat pada bonggol kamera yang lebih ketara. Tiada cerun landai pada panel belakang seperti Pro. Tetapi konfigurasi kamera, penjenamaan ISP MariSilicon X dan juga Hasselblad. Kedua-duanya dilengkapi skrin yang melengkung pada sisi serta lubang kamera swafoto.

Perbezaan di antara kedua-dua model ialah penggunaan cip MediaTek Dimensity 9000 pada X5 dan Snapdragon 8 Gen 1 pada X5 Pro. Peranti dijangkan dilancarkan secara rasmi ketika MWC Barcelona hujung bulan ini.

Komen