Angelbird Melancarkan Kad CFexpress Berkapasiti 4TB

Diterbitkan pada Feb 5, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dengan video beresolusi tinggi boleh dirakam oleh kamera digital, storan sedia ada perlu dipertingkatkan juga bagi memenuhi keperluan pengguna. Oleh itu Angelbird telah melancarkan CFexpress Type B mereka yang terkini dengan kapasiti mencecah 4TB.

Kad bukan sahaja berkapasiti tinggi tetapi agak pantas dengan kelajuan membaca 1,785 MB/s dan kelajuan menulis 1,550 MB/s. Tetapi lebih penting sekali ia mampu melalukan pemindahan data pada kelajuan konsisten 1,300 MB/s. Ini membolehkan ia digunakan untuk rakaman video sehingga resolusi 12K.

Kad Angelbird AV Pro CFexpress Mark II Type-B dijual pada harga bermula $480 (~RM2006) untuk kapasiti 1TB dan meningkat ke $1800 (~RM7523) sebuah untuk kapasiti 4TB.

komen


© Amanz / 2022 Kami