Mengerjakan Ibadah Haji Dalam Metamesta Tidak Sah – Jabatan Agama Turki

Diterbitkan pada Feb 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dunia sedang di dalam gelombang populariti metamesta dengan hampir semua syarikat ingin membina dunia mereka tersendiri. Antara yang telah dilakukan ialah menawarkan lawatan ke kota suci Mekah dalam dunia metamesta. Namun begitu ia menimbulkan persoalan teologi baharu sama adakah ibadah boleh dilakukan juga secara maya?

Menurut Direktorat Agama Turki minggu lalu, melawat Kaabah dalam metamesta tidak boleh dikira seperti melakukan ibadah haji sebenar. Selepas melakukan perbincangan selama sebulan, direktorat bersetuju lawatan secara maya tidak boleh dikira sama seperti ibadah sebenar kerana kaki jemaah perlu menyentuh tanah suci secara fizikal.

Persoalan ini perlu dijawab selepas Arab Saudi menawarkan pengalaman mengerjakan ibadah haji lengkap dengan kemampuan mengucup Hajaral Aswad secara realiti maya Disember tahun lalu.

Sumber Huriyet Daily

komen


© Amanz / 2022 Kami