Kini, Anda Boleh Bayar Guna Dompet Digital Untuk Perkhidmatan Kerajaan Persekutuan
February 6, 2022
Kewangan
Aman
Terbaru, melalui pekeliling Kementerian Kewangaan, ia memperlihatkan semua agensi dan jabatan kerajaan persekutuan telah mula menerima pembayaran melalui dompet digital.
Dengan langkah ini, ia memudahkan lagi proses pembayaran di kaunter, dan tidak memerlukan orang ramai untuk membawa wang tunai. Buat masa ini, ciri pembayaran ini disokong pada semua agensi kerajaan persekutuan – dan merupakan pilihan untuk kerajaan negeri.

Langkah penggunaan dompet digital juga merupakan salah satu langkah dalam mempopularkan gaya hidup digital. Sebelum ini, kerajaan turut menawarkan kredit melalui dompet digital dalam mempopularkan penggunaan aplikasi seumpamanya di Malaysia.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.