Kereta Batmobile Elektrik Yang Beroperasi Sepenuhnya Dibangunkan

Diterbitkan pada Feb 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Bagi para peminat Batman, mungkin ada yang meminati kereta yang digunakan adiwira berkenaan, dikenali Batmobile. Menariknya, kini anda berpeluang untuk mendapatkannya apabila salah seorang siswazah dari Hanoi University of Architecture dan pasukan membangunkan kereta Batmobile.

Kereta Batmobile yang dibangunkan itu boleh beroperasi sepenuhnya, dan berfungsi di atas jalan-raya sebenar. Menariknya juga, ia merupakan sebuah kereta elektrik dengan kelajuan mencapai 104km/j.

Kereta ini turut hadir dengan empat kamera luaran untuk memudahkan kawalan ketika melalui jalan sempit dengan paparan 360-darjah, selain sokongan kawalan untuk membuka pintu. Kereta ini adalah seberat 600 kilogram.

Dalam menjayakan pembinaan ini, pelbagai peralatan digunakan, termasuk menggunakan kaedah percetakkan 3D.

Buat masa ini, kereta ini sedang dipertontonkan di galeri automotif VAN DARYL di Vietnam.

komen


© Amanz / 2022 Kami