Garmin Malaysia Mengacah Pengenalan Produk Baharu Pada 7 Februari Dengan Kerjasama Jovian

Diterbitkan pada Feb 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Garmin merupakan salah satu jenama terkenal yang sering menawarkan sejumlah produk memfokuskan sukan dan aktiviti lasak. Ini termasuklah peranti boleh pakai, perkakasan GPS atau navigasi dan sebagainya. Baru-baru ini, nampaknya Garmin Malaysia telah berkongsi mengenai perancangan untuk pengenalan produk baharu pada 23 Februari depan.

Namun begitu, ia tidak terhenti disitu sebaliknya mereka kini mempunyai satu lagi perancangan lain untuk pengumuman produk pada 7 Februari ini. Menarik mengenainya, mereka akan bekerjasama dengan Jovian yang juga jenama terkemuka dalam industri fesyen tempatan untuk pengenalannya tersebut.

Tapi sayangnya, Garmin Malaysia mengambil pendekatan untuk berteka-teki mengenai apa yang bakal diumumkan nanti. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Garmin Malaysia berhubung perkara ini.

Sumber : Garmin Malaysia

komen


© Amanz / 2022 Kami