MacBook Pro Dengan Cip Apple M2 Bakal Hadir Pada Tahun Ini – Mungkin Tidak Sertakan ProMotion

Diterbitkan pada Feb 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple sebelum ini telah memperkenalkan MacBook Pro pada tahun lepas yang hadir dengan sejumlah ciri baharu, termasuk ProMotion yang menawarkan kadar segar semula 120Hz.

Walaupun menarik, namun ia turut hadir dengan harga jualan yang mungkin sedikit tinggi. Selari dengannya, kini Apple turut dilihat sedang membangunkan sebuah MacBook Pro yang hadir dengan ciri-ciri asas, tetapi pemprosesan berkuasa.

Mengikut laporan terbaru melalui Bloomberg, MacBook Pro baharu sedang dibangunkan dengan cip Apple M2, dan mungkin dilancarkan pada pertengahan kedua 2022 ini.

MacBook Pro baharu ini akan ditawarkan pada harga lebih kompetitif – sekaligus mengurangkan beberapa ciri-ciri, termasuk dari segi storan, kuasa pemprosesan, dan juga paparan yang mungkin menggunakan LCD biasa.

Dengan langkah ini, Apple akan dapat kekal menawarkan MacBook Pro 2021 tanpa masalah, dan menjual ia selari dengan MacBook Pro 2022 tahun ini.

Selain daripada MacBook Pro, Apple juga dijangka mempeerkenalkan iMac 24-inci, Mac Mini dan juga MacBook Air dengan cip Apple M2 pada tahun ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami