Twitter Menguji Ciri Butang Menghantar DM Terus Dari Ciapan

Diterbitkan pada Feb 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Minggu ini sebuah lagi ciri baharu diuji oleh Twitter pada aplikasi iOS. Sesetengah pengguna dapat melihat ikon untuk menghantar DM terus kepada akaun pengguna yang menghantar ciapan. Menurut @TwitterSupport ini adalah bagi memudahkan perbincangan secara peribadi dilakukan antara pengguna.

Sungguhpun begitu ciri ini telah dikritik oleh sesetengah pengguna kerana dilihat memudahkan proses penghantaran mesej jelek terus ke kotak DM. Ada pihak yang menyeru supaya pilihan diberikan kepada pengguna untuk menyahaktifkan ciri ini menerusi tetapan aplikasi.

Bagi mereka yang mempunyai masalah menerima DM yang tidak disenangi, antara ciri yang kami sarankan ialah hanya membenarkan ia dihantar dari akaun yang diikuti sahaja selain mengaktifkan saringan ciapan dari akaun yang telah disahkan sahaja. Dua langkah ini banyak membantu mengurangkan spam dan penghantaran mesej yang hanya menyakitkan hati.

komen


© Amanz / 2022 Kami